awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan malam ini

Bernama
Bernama
11/10/2024
13:51 MYT
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan malam ini
Di Kedah setakat 8 malam, jumlah mangsa berkurangan kepada 3,051 orang melibatkan 938 keluarga berbanding 3,172 orang daripada 986 keluarga, pada 4 petang tadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis semakin berkurangan setakat 8 malam ini berbanding petang tadi manakala bilangan penduduk terjejas di Perak dan Johor tidak berubah.
Di Kedah setakat 8 malam, jumlah mangsa berkurangan kepada 3,051 orang melibatkan 938 keluarga berbanding 3,172 orang daripada 986 keluarga, pada 4 petang tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa berlindung di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.
"Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,662 orang daripada 497 keluarga yang berada di sembilan PPS diikuti Pendang sebanyak 510 orang daripada 139 keluarga di dua PPS.
"Di daerah Pokok Sena, sebanyak 464 orang daripada 161 keluarga dipindahkan ke lima PPS manakala di Kubang Pasu sebanyak 415 orang daripada 141 keluarga berada di tiga PPS," katanya menerusi kenyataan.
Di Perlis, bilangan mangsa merekodkan penurunan kepada 140 orang berbanding 146 mangsa pada petang tadi dengan dua PPS masih beroperasi.
Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata PPS yang masih beroperasi adalah di Sekolah kebangsaan (SK) Sena, Kangar yang menempatkan 135 mangsa manakala lima mangsa berlindung di PPS SK Arau.
"Mereka yang belum dapat pulang ke rumah melibatkan mangsa banjir dari Kampung Tok Kandang dan Kampung Bakau di Kangar serta Kampung Banat dan Kampung Behor Gelam di Arau," katanya.
Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 136 orang daripada 40 keluarga yang berlindung di dua PPS di Kerian.
"Sebanyak 71 orang daripada 20 keluarga masih berlindung di PPS SK Changkat Lobak manakala di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai pula menempatkan 65 orang daripada 20 keluarga, sejak seminggu lepsa.
Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa kekal 17 orang daripada tiga keluarga dengan kesemua mangsa masih ditempatkan di PPS SK Seri Bunut, Batu Pahat.
"Tiga kawasan terjejas akibat bencana itu melibatkan Kampung Talang Bunut, Kampung Olak Batu dan Kampung Parit Nipah Laut di Batu Pahat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#mati lemas
#mangsa banjir
#JBPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan