[TERKINI] Kapal FFC, Thousand Madleens diserbu Israel, 8 delegasi Malaysia terlibat
MALAYSIA

Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan

Bernama 08/10/2025 | 01:20 MYT
Mangsa banjir di PPS SK Langgar termasuk penduduk Kampung Alor Raja, Makam Diraja, Limbong, Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Pokok Asam, Tanjung Inggeris, Alor Besar dan Pagar Air. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Situasi banjir di Kedah semakin pulih dengan hanya 133 orang daripada 38 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di sini, yang dibuka sejak Ahad lepas.

"Mangsa melibatkan penduduk Kampung Alor Raja, Makam Diraja, Limbong, Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Pokok Asam, Tanjung Inggeris, Alor Besar, Pagar Air dan Pondok Syeikh di Mukim Langgar/Limbong," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata paras air di Sungai Pendang, Pendang mencatatkan bacaan 2.65 meter (m) melebihi paras amaran 2.5m manakala Sungai Janing, Padang Terap mencatat bacaan 26.19m melebihi paras amaran 26m.

-- BERNAMA

#PPS #banjir #Kedah #paras air sungai