KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Perak mencatatkan peningkatan malam ini manakala di Johor kekal seperti petang tadi.
Di KELANTAN, setakat jam 10 malam ini, hampir 6,000 mangsa banjir membabitkan 1,777 keluarga ditempatkan di 60 pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat.
Portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut melaporkan, enam sungai utama melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang (10.52 meter), Sungai Golok di Tumpat (2.63), Sungai Semerak (9.62), Sungai Golok di Tanah Merah (24.78), Sungai Golok di Jenob (24.89) dan Sungai Lebir di Kuala Krai (36.25).
Tiga lagi sungai utama lain turut mencatatkan peningkatan mendadak melepasi paras amaran.
Kebanyakan jalan utama dan jalan bandaran juga dinaiki air menyaksikan banyak kenderaan tersadai antaranya di Jalan Pasir Hor, Jalan Wakaf Che Yeh, Jalan Salor.
Jalan utama antara Kota Bharu ke Machang dan Jalan Kota Bharu ke Pasir Puteh di Bukit Abal serta Jalan Kota Bharu- Kok Lanas turut dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan.
Sementara itu, Bernama melaporkan, di TERENGGANU, situasi banjir semakin serius apabila angka mangsa terjejas terus melonjak kepada 3,785 orang daripada 1,068 keluarga berbanding 1,866 orang daripada 512 keluarga petang tadi.
JPBN memaklumkan sebanyak 76 PPS dibuka di tujuh daerah iaitu satu PPS di Kuala Terengganu, Besut (26), Hulu Terengganu (25) Setiu (11), Dungun (enam), Kemaman (enam) dan Marang (satu).
Di PERAK pula, terdapat dua PPS iaitu di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4, Teluk Intan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, Selekoh yang menempatkan 49 orang daripada 16 keluarga setakat 8 malam sekali gus menyaksikan peningkatan bilangan mangsa berbanding petang tadi iaitu 47 orang daripada 15 keluarga.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), beberapa kawasan membabitkan Kerian, Larut, Matang, Selama dan Kuala Kangsar dijangka mengalami hujan berterusan hingga 20 Dis ini.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di daerah Segamat kekal 75 orang daripada 21 keluarga dan mereka masih ditempatkan di tiga PPS.
JPBN dalam kenyataan memaklumkan seramai 34 orang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak, 27 masih berada di Balai Raya Kampung Kuala Paya manakala Dewan Komuniti Kampung Tasek menempatkan 14 mangsa.
Dalam pada itu, berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat melepasi paras amaran dengan ketinggian 8.91 m.
Vivi Sumanti
Sun Dec 18 2022
Kebanyakan jalan utama dan jalan bandaran juga dinaiki air menyaksikan banyak kenderaan tersadai antaranya di Jalan Pasir Hor, Jalan Wakaf Che Yeh, Jalan Salor. - Gambar fail/ Bernama
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Banjir di Sarawak pulih, tiada lagi mangsa di PPS
Tiada lagi mangsa banjir di Sarawak yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri menurun kepada 1,340 orang
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Johor menurun kepada 1,340 orang.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.
Banjir di Pahang masih terkawal - MB
Keadaan banjir di Pahang masih terkawal buat masa ini dibantu oleh persediaan rapi kerajaan negeri dan semua agensi terlibat, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Kelantan dilanda banjir lagi
Kelantan dilanda banjir lagi apabila hujan tanpa henti sejak Rabu telah menyebabkan 271 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada Khamis.
Banjir Kedah: PPS di Padang Terap ditutup sepenuhnya
PPS Sekolah Kebangsaan Tualak yang dibuka di Padang Terap, tengah malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir telah ditutup sepenuhnya pada 11.30 pagi tadi.
Banjir kilat di Selangor terkawal - Bomba
Keadaan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor pada awal pagi Ahad tidak menyebabkan kenaikan trend air sungai yang mendadak.
Mangsa banjir di Batu Pahat semakin berkurangan, Segamat pulih
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun, manakala daerah Segamat pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.