awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu lepasi angka 500 orang

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
01/01/2022
06:36 MYT
Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu lepasi angka 500 orang
Salah sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Kota Marudu. - Astro AWANI
KOTA MARUDU: Jumlah mangsa banjir di daerah ini mencecah 504 orang, berbanding 236 mangsa yang dilaporkan semalam.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berkata, kesemua mangsa terlibat banjir kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka.
Dua PPS berkenaan ialah PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.
"Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 504 orang, terdiri daripada 167 ketua isi rumah (KIR), termasuk dari Kampung Beliajung.
"PPS Dewan SK Teritipan menempatkan seramai 251 mangsa, membabitkan 70 KIR manakala di PPS Dewan SMK Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 KIR," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Susulan hujan berterusan sejak awal pagi semalam, sebanyak enam kampung telah dinaiki air dan banjir gelombang kedua telah diiytiharkan di daerah ini.
Setakat jam 8.45 malam tadi, dilaporkan seramai 236 mangsa banjir telah dipindahkan ke PPS SK Teritipan.
Topic Berkaitan
#banjir
#pusat pemindahan sementara PPS
#Kota Marudu
#Angkatan Pertahanan Malaysia APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan