Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan

Bernama
November 1, 2022 01:50 MYT
Kesemua mangsa berkenaan melibatkan penduduk di daerah Alor Gajah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Belimbing. - Gambar hiasan
MELAKA: Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurang kepada 13 orang daripada empat keluarga pada 8 pagi ini berbanding 16 orang daripada lima keluarga, semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa berkenaan melibatkan penduduk di daerah Alor Gajah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Belimbing.
Kenyataan itu memaklumkan mangsa terlibat adalah penduduk dari Kampung Pulau dan Kampung Belimbing.
-- BERNAMA
#banjir #PPS #mangsa #Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka