Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan kepada 16 orang

Bernama
Oktober 31, 2022 02:20 MYT
Kesemua mangsa banjir berkenaan melibatkan penduduk di daerah Alor Gajah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Belimbing. - Gambar hiasan
MELAKA: Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurang kepada 16 orang daripada lima keluarga pada 8 pagi ini berbanding 17 orang melibatkan enam keluarga setakat 4 petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa banjir berkenaan melibatkan penduduk di daerah Alor Gajah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Belimbing.
Kenyataan itu memaklumkan mangsa terlibat merupakan penduduk dari Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing.
-- BERNAMA
#banjir #PPS #mangsa #Alor Gajah