MALAYSIA
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu terus menurun
Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu terus menurun, dengan 3,146 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri pada petang ini. -Foto fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu terus mencatatkan penurunan apabila 3,146 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri, setakat petang ini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Di PAHANG, situasi banjir di Rompin yang semakin pulih menyaksikan jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 2,575 mangsa daripada 859 keluarga yang ditempatkan di 33 PPS setakat 4.25 petang berbanding 4,873 mangsa daripada 1,655 keluarga di 41 PPS pada pagi tadi.
Berdasarkan aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kuantan masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 1,986 orang yang berada di 19 PPS.
Ia diikuti Pekandengan 430 orang di enam PPS, Bera (69 orang di tiga PPS), Temerloh (35 orang di dua PPS), Maran (35 orang di satu PPS) dan Jerantut (20 orang di dua PPS).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman menurun kepada 571 orang daripada 155 keluarga setakat 4 petang tadi, berbanding 921 orang daripada 246 keluarga pada 9 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan semua mangsa di daerah itu kini berlindung di sebuah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok.
Dua PPS, masing-masing SK Binjai dan SK Chukai ditutup tengah hari tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu terus menurun, dengan 3,146 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri pada petang ini.
- Di Pahang, situasi banjir di Rompin membaik dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 2,575 orang dari 859 keluarga di 33 PPS, berbanding 4,873 mangsa dari 1,655 keluarga di 41 PPS pada pagi tadi.
- Terengganu pula mencatatkan penurunan jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman kepada 571 orang dari 155 keluarga pada petang, berbanding 921 orang dari 246 keluarga pada pagi. Mangsa di daerah itu kini berlindung di PPS SK Bukit Mentok.
Di PAHANG, situasi banjir di Rompin yang semakin pulih menyaksikan jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 2,575 mangsa daripada 859 keluarga yang ditempatkan di 33 PPS setakat 4.25 petang berbanding 4,873 mangsa daripada 1,655 keluarga di 41 PPS pada pagi tadi.
Berdasarkan aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kuantan masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 1,986 orang yang berada di 19 PPS.
Ia diikuti Pekandengan 430 orang di enam PPS, Bera (69 orang di tiga PPS), Temerloh (35 orang di dua PPS), Maran (35 orang di satu PPS) dan Jerantut (20 orang di dua PPS).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman menurun kepada 571 orang daripada 155 keluarga setakat 4 petang tadi, berbanding 921 orang daripada 246 keluarga pada 9 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan semua mangsa di daerah itu kini berlindung di sebuah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok.
Dua PPS, masing-masing SK Binjai dan SK Chukai ditutup tengah hari tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang dan Terengganu setakat petang ini?
A: Terdapat 3,146 mangsa yang masih ditempatkan di PPS di Pahang dan Terengganu setakat petang ini. - Q: Berapa bilangan mangsa terjejas di Rompin, Pahang, dan berapa PPS yang ditempatkan di situ?
A: Jumlah mangsa terjejas di Rompin, Pahang, berkurangan kepada 2,575 mangsa daripada 859 keluarga yang ditempatkan di 33 PPS setakat 4.25 petang ini. - Q: Apakah daerah yang masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi di Pahang menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?
A: Daerah Kuantan masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 1,986 orang yang berada di 19 PPS mengikut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - Q: Berapakah jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman, Terengganu, setakat 4 petang tadi?
A: Jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman, Terengganu, menurun kepada 571 orang daripada 155 keluarga setakat 4 petang tadi. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkaitan dengan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kemaman?
A: Sekretariat JPBN Terengganu memaklumkan semua mangsa di daerah Kemaman kini berlindung di sebuah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok.