awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Perak, Selangor berkurangan, Perlis dan Pahang kekal

Bernama
Bernama
06/12/2025
02:10 MYT
Jumlah mangsa banjir di Perak, Selangor berkurangan, Perlis dan Pahang kekal
Jumlah mangsa banjir di Selangor menurun kepada 306 orang daripada 104 keluarga, dengan lima PPS masih beroperasi di tiga daerah terjejas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak dan Selangor menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa mencatatkan penurunan manakala di Perlis dan Pahang kekal, setakat pagi ini.

Ringkasan AI
  • Situasi banjir di Perak menunjukkan penurunan mangsa kepada 1,455 orang daripada 430 keluarga di 11 pusat pemindahan sementara, dengan daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi.
  • Jumlah mangsa banjir di Selangor turut menurun kepada 306 orang daripada 104 keluarga, dengan lima PPS masih beroperasi di tiga daerah terjejas.
  • Di Perlis, 15 orang masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Felcra Lubuk Sireh di Padang Besar, manakala di Pahang, tujuh sekeluarga masih berlindung di sebuah PPS di Kuantan tanpa perubahan angka.

Di PERAK, mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,455 orang daripada 430 keluarga yang berlindung di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah berbanding 1,539 orang daripada 470 keluarga malam tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daerah Hilir Perak masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 736 orang diikuti Bagan Datuk (421) dan Manjung (298).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan beberapa daerah seperti Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak serta Muallim dijangka mengalami hujan pada sebelah pagi selain ribut pada petang dan malam ini.
Jumlah mangsa banjir di SELANGOR turut menunjukkan penurunan kepada 306 orang daripada 104 keluarga pada pagi ini berbanding 429 orang daripada 134 keluarga malam tadi.
Menurut laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lima PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa di tiga daerah terjejas iaitu Kuala Selangor, Hulu Langat dan Sabak Bernam.
Sementara itu, JPBN PERLIS memaklumkan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Felcra Lubuk Sireh di Padang Besar masih kekal 15 orang pagi ini.
Di PAHANG, tujuh sekeluarga masih berlindung di sebuah PPS di Kuantan tanpa sebarang perubahan angka pagi ini.
Menerusi laman sesawang publicinfobanjir pula, paras air di semua sungai utama di negeri itu menunjukkan bacaan di bawah paras bahaya pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#MetMalaysia
#paras air sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan