awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Perak semakin menurun pagi ini kepada 257 mangsa

Bernama
Bernama
24/08/2021
03:55 MYT
Jumlah mangsa banjir di Perak semakin menurun pagi ini kepada 257 mangsa
Sebuah stesen minyak masih ditenggelami air sedalam 0.3 meter semalam, di kawasan hentian sebelah di Alor Pongsu arah Utara, akibat banjir yang melanda pada Jumaat. --fotoBERNAMA
IPOH: Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Perak semakin menurun pagi ini kepada 257 orang daripada 69 keluarga, yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 271 orang daripada 73 keluarga, semalam.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat penurunan jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu daerah Kerian iaitu 60 orang daripada 17 keluarga, berbanding jumlah semalam iaitu 68 mangsa daripada 19 keluarga.
"Di daerah yang sama jumlah mangsa banjir di PPS SK Changkat Lobak pula kekal 111 orang daripada 26 keluarga seperti semalam, manakala mangsa banjir di PPS SK Matang di daerah Larut, Matang dan Selama berkurangan kepada 76 orang daripada 24 keluarga berbanding 82 orang daripada 26 keluarga semalam," menurut portal itu.
Sementara itu, di daerah Kampar, jumlah mangsa di PPS Dewan Serbaguna Kampung Batu 20 masih kekal seramai 10 orang daripada dua buah keluarga.
Dilapor semalam, kerja membaik pulih dua ban yang rebak dilanda arus deras Jumaat lepas menggunakan cerucuk sementara batang kelapa di ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah, Alor Pongsu sudah disiapkan bagi menghalang aliran air sungai memasuki kawasan penempatan penduduk.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memasang bongkah batu, bagi memperkukuh ban yang rosak selepas kerja menanam cerucuk berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#banjir Perak
#kerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan