[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Jumlah mangsa banjir di Sabah berkurang petang ini

Bernama 07/05/2025 | 11:15 MYT
Dua PPS di daerah Sook dan satu PPS di Beaufort iaitu Dewan Residensi Pr1ma Woorford Estate ditutup masing-masing pada 2 petang dan 4 petang tadi. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah mencatatkan penurunan kepada252 orang daripada 75 keluarga pada petang ini berbanding 647 orang daripada 204 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sook dan satu PPS di Beaufort iaitu Dewan Residensi Pr1ma Woorford Estate ditutup masing-masing pada 2 petang dan 4 petang tadi.
Menurut sekretariat itu, PPS berkenaan telah diisytiharkan ditutup setelah pemeriksaan kawasan dilakukan dan rumah penduduk terjejas bencana selamat untuk didiami.
"Setakat ini beberapa kampung di daerah Beaufort masih terjejas dengan bencana banjir," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#banjir sabah #PPS #info banjir terkini #Beaufort