Jumlah mangsa banjir di Sarawak tidak berubah pagi ini

Bernama
Februari 13, 2016 03:26 MYT
Pemantauan bagi memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan itu sejak Rabu lepas, akan hanya dibenarkan pulang ke rumah mereka apabila keadaan benar-benar selamat. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan di bahagian Serian setakat 8 pagi ini kekal 74 orang daripada 23 keluarga sepertimana malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak Siti Huzaiman Ibrahim berkata di Dewan Kampung Kanawit dekat Betong, kira-kira 53km dari sini, menempatkan 18 mangsa daripada lima keluarga, dan di Surau Kampung Hadhari di Kampung Rimba Padi, kira-kira 55km dari sini, menempatkan 56 mangsa daripada 18 keluarga.
Beliau berkata pihaknya terus memantau keadaan bagi memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan itu sejak Rabu lepas, akan hanya dibenarkan pulang ke rumah mereka apabila keadaan benar-benar selamat.
#Dewan Kampung Kanawit #Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan di bahagian Serian kekal 74 orang #Kampung Rimba Padi #Siti Huzaiman Ibrahim #Surau Kampung Hadhari