Jumlah mangsa banjir dipindahkan di Teluk Intan meningkat

Abd Razak Mohd Ali
Jun 8, 2019 02:10 MYT
Seramai 30 pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi sedang memantau situasi banjir itu dari semasa ke semasa. - Foto ihsan APM
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara meningkat kepada 60 orang.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hilir Perak, bilangan itu bertambah sebanyak tiga orang daripada dua keluarga.
Mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, awal pagi Sabtu.
“Bilangan ini dijangka bertahan kerana cuaca baik di sekitar Teluk Intan,” katanya di sini.
Lewat malam tadi, seramai 57 orang daripada 13 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka di dua kampung dekat sini dinaiki malam ini.
Dua kampung itu ialah Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9.
Pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong itu dibuka mulai jam 8 malam Jumaat.
Seramai 30 pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi sedang memantau situasi banjir itu dari semasa ke semasa.
#banjir #Hilir Perak #keluarga #mangsa #mangsa banjir #mangsa banjir dipindah #mati lemas #pusat pemindahan #sekolah #Sekolah Kebangsaan Changkat Jong #Teluk Intan