Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 2,853 orang melibatkan 770 keluarga setakat pukul 8 malam ini berbanding 1,364 mangsa daripada 355 keluarga petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata hujan lebat yang berterusan menyebabkan sebuah lagi daerah di negeri ini iaitu Muar dilanda banjir, menjadikan keseluruhan kawasan yang terjejas meningkat kepada enam daerah.
Katanya mangsa-mangsa ditempatkan di 46 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mana 18 daripadanya di daerah Kluang, 12 di Kota Tinggi, 10 di Mersing, empat di Segamat dan masing-masing sebuah di Muar dan Kulai.
"Daerah Mersing merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 1,007 mangsa membabitkan 277 keluarga diikuti Kota Tinggi dengan 839 daripada 214 keluarga dan Kluang (680 mangsa, 187 keluarga).
"Di Segamat, jumlah mangsa adalah seramai 230 orang daripada 62 keluarga, Kulai (80 mangsa, 25 keluarga) dan Muar (17 mangsa, lima keluarga)," katanya menerusi kenyataan malam ini.
Tan berkata bencana itu turut mengakibatkan satu lagi laluan iaitu Jalan Kampung Mawai Lama dalam daerah Kota Tinggi ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan berikutan dinaiki air.
Ini menjadikan keseluruhan jalan ditutup di daerah itu ialah empat, termasuk Jalan Batu 18, Jalan Ladang Pasir Logok-Ladang Bukit Berkelompok dan Jalan Ladang Bukit Payong yang kesemuanya berhampiran Kampung Tunjuk Laut.
Dua lagi laluan iaitu Jalan Tenggaroh 3 menuju ke Mawai/Kota Tinggi/Sedili serta Jalan Endau Batu 12 ke Rompin di Mersing yang turut ditutup sebelum ini pula bagaimanapun telah dibuka semula untuk semua jenis kenderaan.
Tan berkata pemantauan secara berterusan sedang giat dilakukan di kesemua daerah terjejas oleh pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 14 2019
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 2,853 orang melibatkan 770 keluarga setakat pukul 8 malam ini berbanding 1,364 mangsa daripada 355 keluarga petang tadi. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Apple dilapor hentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana isu kualiti
FineWoven menggantikan aksesori kulit yang dilihat sebagai tidak lestari dan oleh itu tidak selari dengan sasaran syarikat yang ingin mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Nahas helikopter: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: 10 korban, dua helikopter bertembung
Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milikTLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.
Institusi pendidikan pondok perlu tambah nilai kemahiran vokasional, teknikal - Mohd Na'im
Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar.
[TERKINI] Perkembangan helikopter terhempas di Lumut
Untuk memahami dari segi teknikal kita bersama;
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.