ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat hari ini kepada 268 orang daripada 81 keluarga, yang ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi.
Angka itu bertambah berbanding 228 mangsa daripada 69 keluarga yang dipindahkan ke tiga PPS, iaitu dua di Kubang Pasu dan satu di Kota Setar, setakat jam 12 tengah malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, sebuah lagi PPS dibuka jam 11 malam tadi di Sekolah Kebangsaan Taman Aman di daerah Kota Setar, menempatkan 40 mangsa daripada 12 keluarga.
Beliau berkata, PPS di Dewan Seri Bagan, Taman Seri Bagan di daerah Kota Setar, yang dibuka jam 7 petang semalam menempatkan seramai 40 mangsa daripada 12 keluarga.
"Dua PPS di Changlun, Kubang Pasu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, menempatkan 150 mangsa daripada 43 keluarga, dan Dewan Kampung Tradisi menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.
"Ini menjadikan empat PPS dibuka di dua daerah, iaitu masing-masing dua di Kota Setar dan Kubang Pasu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhammad Suhaimi berkata, jumlah keseluruhan mangsa terdiri daripada 55 lelaki dewasa, 81 wanita dewasa, 38 kanak-kanak lelaki, 42 kanak-kanak perempuan, 44 warga emas, tujuh bayi dan satu orang kurang upaya.
Katanya, operasi pemindahan dan pemantauan di lokasi banjir sedang dilakukan anggota APM di dua daerah terbabit.
Dalam pada itu, tiga sungai di negeri ini masih menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya setakat jam 8 pagi ini.
Berdasarkan laman Public Infobanjir, aras air Sungai Laka di Kampung Pasir, Kubang Pasu mencatatkan 22.24 meter manakala Sungai Padang Terap di Kepala Batas menunjukkan bacaan 4.15 meter sementara Sungai Pendang di Pekan Pendang menunjukkan aras air 2.82 meter.
Ketiga-tiga sungai berkenaan menunjukkan trend air menaik.
Selain itu, dua lagi aras sungai melebihi paras amaran ialah Sungai Bata di Kampung Jeragan, Kubang Pasu yang mencatatkan bacaan 19.46 meter dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar yang berada pada 1.6 meter.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Sep 27 2023
Berdasarkan laman Public Infobanjir, aras air Sungai Laka di Kampung Pasir di Kubang Pasu, Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Pendang di Pekan Pendang sudah melepasi paras bahaya dan menunjukkan trend menaik. - Foto APM
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.