Jumlah mangsa terjejas akibat banjir di Sarawak bertambah dari 5,818 orang daripada 894 keluarga setakat pukul 6 petang ini di daerah Beluru di sini.

Sebelum ini, setakat pukul 4 petang mangsa terjejas akibat banjir ialah 5,372 orang daripada 811 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Mejar Ismail Mahedin berkata, kesemua keluarga tersebut adalah dari 26 rumah panjang dan sebuah sekolah rendah di daerah tersebut.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada pemindahan penduduk ke pusat pemindahan dijalankan.

Menurutnya, mangsa tersebut terjejas akibat jalan ke tempat mereka tidak dapat dilalui kerana dinaiki air dan ada juga kediaman mereka dinaiki air namun keadaan masih terkawal. -- Bernama