awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah pakar psikiatri hanya 623 orang - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
07/11/2024
09:57 MYT
Jumlah pakar psikiatri hanya 623 orang - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata, FMS yang bertugas di klinik kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan mental boleh memainkan peranan awal untuk membantu golongan yang berdepan masalah psikiatri. - Gambar fail
BANGI: Jumlah keseluruhan pakar psikiatri berdaftar di Malaysia hanya mencatatkan sejumlah 623 orang dan angka berkenaan masih jauh berbanding keperluan semasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi 385 pakar di hospital awam, masing-masing 102 di universiti kerajaan dan hospital swasta, universiti swasta (26) dan lapan orang di Hospital Angkatan Tentera.
Justeru, katanya pakar perubatan keluarga (FMS) yang bertugas di klinik kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan mental boleh memainkan peranan awal untuk membantu golongan yang berdepan masalah psikiatri dengan mengurus dan merawat mereka.
"Saya tekankan bukan sahaja psikiatri, bukan sahaja kaunselor. Kita kena lihat pasukan petugas kesihatan itu sendiri iaitu peranan FMS, mereka memang dilatih untuk mengendalikan pesakit, kesihatan mental itu sebahagian daripada kepakaran mereka dan mereka juga kita harapkan untuk mainkan peranan di klinik kesihatan," katanya menambah terdapat 774 FMS di klinik kesihatan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kaunseling Serantau (RISE) 2024 bertemakan 'Bridging Wellbeing and Work' di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Pada 16 Dis 2021, Kementerian Kesihatan dilapor menyasarkan nisbah satu pakar psikiatri bagi setiap 50,000 penduduk di seluruh negara menjelang 2025, iaitu sebanyak 720 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pakar psikiatri
#Dzulkefly Ahmad
#kesihatan mental
#Hospital
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan