MALAYSIA
Jumlah pekerja asing sah di Malaysia menurun 13 peratus
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ketika sesi jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,132,578 pekerja asing yang aktif dan sah direkodkan bekerja di Malaysia setakat 15 Okt lepas, menurun 13 peratus berbanding 2,452,010 pekerja bagi tempoh sama tahun lepas.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata penurunan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing dalam semua sektor ekonomi negara.
"Sektor perkilangan merekodkan 622,388 pekerja, diikuti pembinaan (589,684), perkhidmatan (390,607), perladangan (263,131), pertanian (158,628), pembantu rumah asing (107,375) serta perlombongan dan pengkuarian (765)," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai jumlah pekerja asing dalam negara mengikut sektor dan pendirian kerajaan untuk mengehadkan penglibatan mereka bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing di samping mengoptimumkan tenaga kerja tempatan.
Abdul Rahman berkata pada masa ini, pengambilan pekerja asing dihadkan kepada enam sektor formal utama iaitu pembinaan, perkhidmatan, perladangan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian, manakala bagi sektor tidak formal hanya pembantu rumah asing dibenarkan.
Beliau berkata dasar kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) juga menetapkan penggajian pekerja asing tidak boleh melebihi 15 peratus daripada guna tenaga negara, manakala 10 peratus menjelang 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta hingga lima peratus pada 2035.
Abdul Rahman berkata bagi menggalakkan pengambilan pekerja tempatan khususnya dalam sektor separa mahir dan mahir, pelbagai usaha dilakukan termasuk mengekalkan keputusan kerajaan pada 18 Mac 2023 untuk membeku kelulusan kuota pekerja asing baharu dan permohonan, serta pelaksanaan Mekanisme Levi pelbagai peringkat mulai 2026.
Selain itu, katanya kementerian turut memperkukuh pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) industri bersama syarikat domestik dan antarabangsa melalui agensi seperti HRD Corp, TalentCorp dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tujuan peningkatan dan pengukuhan kemahiran tenaga kerja tempatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jumlah pekerja asing sah di Malaysia menurun 13% kepada 2.13 juta setakat 15 Okt berbanding 2.45 juta tahun lalu, selaras usaha kerajaan kurangkan kebergantungan tenaga kerja asing.
- Sektor tertinggi ialah perkilangan (622,388), pembinaan (589,684) dan perkhidmatan (390,607); pengambilan pekerja asing dihadkan kepada enam sektor formal dan pembantu rumah asing bagi sektor tidak formal.
- Dasar RMK12 tetapkan had pekerja asing 15% daripada guna tenaga negara, turun kepada 10% menjelang 2030 dan 5% pada 2035; kerajaan kekalkan pembekuan kuota baharu serta laksana Mekanisme Levi pelbagai peringkat mulai 2026.