awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah pesakit malaria di hospital terus meningkat

Bernama
Bernama
25/11/2016
14:41 MYT
Jumlah pesakit malaria di hospital terus meningkat
Kes malaria spesis Plasmodium Vivax (P Vivax) mula dikesan di Pos Kemar pada 16 Nov lalu selepas tiga penduduk di penempatan itu disahkan positif. - Gambar fail
Jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat wabak malaria di penempatan Orang Asli Pos Kemar kira-kira 150 kilometer dari sini meningkat kepada 73 berbanding 66 semalam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Perak Datuk Dr Juita Ghazalie berkata sebanyak 65 pesakit kini ditahan di Hospital Gerik manakala lapan lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar.
"Beberapa pesakit yang menunjukkan perkembangan daripada segi kesihatan akan dibawa keluar dari hospital esok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Mohd Jamalludin Kasbi sebelum ini berkata 13 pesakit dijangka dibenarkan keluar dari Hospital Gerik esok dan ditempatkan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II yang dijadikan pusat transit bagi rawatan susulan.
Dalam pada itu Dr Juita berkata jumlah kes positif malaria yang dikesan di Pos Kemar juga meningkat daripada 71 semalam kepada 77 hari ini.
Katanya Kampung Senangit mencatat kes terbanyak iaitu 61, diikuti Kampung Lediua dan Kampung Rantau masing-masing lima kes; Kampung Akei (4) dan masing-masing satu di Kampung Katog serta Kampung Ralak.
Kes malaria spesis Plasmodium Vivax (P Vivax) mula dikesan di Pos Kemar pada 16 Nov lalu selepas tiga penduduk di penempatan itu disahkan positif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jangkitan
#malaria
#nyamuk
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan