Jumpa bom lama dalam ladang

Sinar Harian
Oktober 23, 2021 21:23 MYT
UPB IPK Johor bersama-sama UPB IPD Segamat melakukan kerja-kerja memusnahkan bom lama kawasan Ladang Pertanian Sekijang, Segamat, pada Khamis. - Foto PDRM
SEGAMAT: Seorang penduduk menemui sebutir bom lama ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di Ladang Pertanian Sekijang di sini, pada Khamis.
Polis Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, bom jenis Artillery Shell 85mm itu dimusnahkan pada jam 12.15 tengah hari Jumaat.
Kerja-kerja memusnahkan bom itu dilakukan Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama-sama UPB IPD Segamat.
"Tindakan pemusnahan In Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik High order melalui kaedah elektrik.
"Pemusnahan dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda," menurut kenyataan itu pada Sabtu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#bom lama #Artillery Shell #Sekijang #Unit Pemusnahan Bom