'Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah

Fareez Azman
Februari 16, 2023 12:28 MYT
Gambar yang dikongsi memaparkan Wan Azizah memeluk suaminya di Parlimen ketika hadir Sidang Parlimen pagi tadi. - Foto Twitter/Wan Azizah Wan Ismail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kesyukuran setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang dari Turkiye.
Perkara itu dikongsikan Wan Azizah menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Khamis.
"Jumpa di Parlimen selepas lawatan ke Turkiye.. alhamdulillah selamat pulang," jelas di Twitter hari ini.
Gambar yang dikongsi memaparkan Wan Azizah memeluk suaminya di Parlimen ketika hadir Sidang Parlimen pagi tadi.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyifatkan sebagai pasangan yang comel.
Terdahulu, Anwar selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat khas selepas mengadakan lawatan sehari ke Turkiye bagi menzahirkan komitmen Malaysia membantu rakyat Turkiye terkesan akibat gempa bumi.

Jumpa di Parlimen selepas lawatan ke Turkiye.. alhamdulillah selamat pulang pic.twitter.com/VMK9rhMzNT

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) February 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Wan Azizah Wan Ismail #Anwar Ibrahim #Gempa bumi Turkiye #Parlimen