awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumpa mayat bayi di pekarangan masjid

Bernama
Bernama
12/02/2023
14:59 MYT
Jumpa mayat bayi di pekarangan masjid
Mayat bayi itu dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna kuning. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Gani berkata polis menerima maklumat pada pukul 4.35 petang daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat bayi yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna kuning.
"Kita percaya bayi perempuan tersebut baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam. Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kes ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau ke balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat bayi
#Kuala Pilah
#perkarangan masjid
#Amran Mohd Gani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan