awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas penyerang Newcastle-Liverpool buat hal lagi, ditangkap di lapangan terbang
72 premis makanan di Kelantan tidak capai tahap kebersihan tahun ini - JKNK
Gangguan telekomunikasi di Kuala Kangsar akibat kebakaran menara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumpa selimut hanyut, nelayan dipercayai jatuh ke sungai ketika tidur

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
28/04/2021
05:32 MYT
Jumpa selimut hanyut, nelayan dipercayai jatuh ke sungai ketika tidur
Operasi SAR bermula 6.04 pagi melibatkan pelbagai agensi dibantu penduduk setempat di lokasi sekitar kapal mangsa berlabuh. - Foto Astro AWANI
SARIKEI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sedang tidur di atas bumbung kapal nelayan di Kinyau, Sarikei pada Selasa.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Norudin berkata kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 7 hingga 12 malam.
Kehilangan mangsa, Muhd Imran Najmi Mokhtar, 18, hanya disedari rakannya pada jam 12 tengah malam apabila terbangun dan mendapati mangsa tiada di tempat tidurnya.
“Pada hari kejadian sekitar jam 7 malam, mereka berehat setelah selesai memunggah pukat hanyut dan mereka tidur awal sebelum sesi memukat seterusnya.
“Tiba-tiba sekitar jam 12 malam, rakan yang sama tidur di bahagian belakang kapal terbangun dan mendapati rakan (Muhd Imran) tiada di tempatnya,” katanya ketika dalam satu kenyataan hari ini.
Ketiadaan mangsa dari Kampung Lot Baru, Belawai itu disahkan selepas pemeriksaan lanjut di dalam kapal dilakukan.
“Setelah memastikan mangsa tiada di atas kapal maka mereka menghubungi rakan di kapal ikan lain yang berlabuh berdekatan untuk melakukan pencarian.
“Selang beberapa jam pencarian, mereka menemukan selimut mangsa di permukaan air sekali gus mengesahkan mangsa benar-benar jatuh ke dalam sungai,” jelasnya lagi.
Bertindak atas laporan yang diterima pada 6.04 pagi, sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Sarikei dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Operasi SAR masih dijalankan dengan pencarian di permukaan air bersama agensi lain di lokasi sekitar kapal mangsa berlabuh selain dibantu penduduk setempat,” katanya.
Topic Berkaitan
#lemas
#nelayan
#hilang
#operasi
#mangsa
#Sarikei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan