awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruaudit rugi RM1.48 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/10/2023
23:15 MYT
Juruaudit rugi RM1.48 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa mula terjerat dengan sindiket itu selepas dia tertarik dengan iklan pelaburan kripto yang berpangkalan di New York. - Gambar hiasan
NIBONG TEBAL: Seorang juruaudit wanita di sebuah syarikat swasta di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerugian kira-kira RM1.48 juta selepas ditipu sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam berkata, mangsa berusia 43 tahun membuat laporan polis pada 9 Oktober lalu selepas tertipu dengan sindiket berkenaan.
Ah Thiam berkata, siasatan mendapati mangsa mula terjerat dengan sindiket itu selepas dia tertarik dengan iklan pelaburan kripto yang berpangkalan di New York menerusi aplikasi Facebook pada 2 Mei lalu.
Mangsa telah menekan pautan laman web yang terdapat pada iklan bagi mendapatkan penerangan mengenai pelaburan saham yang ditawarkan.
"Mangsa yang berminat menyertai pelaburan tersebut kemudiannya membuat beberapa transaksi wang berjumlah RM1,486,750 ke dalam beberapa akaun yang diberikan sindiket.
"Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan keuntungan beserta modal yang dilaburkan, bahkan secara berterusan dipaksa menambah wang pelaburan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ah Thiam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Topic Berkaitan
#pelaburan mata wang kripto
#sindiket
#penipuan
#pelaburan saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan