MALAYSIA
Juruelektrik didakwa cederakan anak tiri dengan paip PVC, ibu kandung guna pisau
M. Satiskumar, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di dua Mahkamah Sesyen hari ini. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang juruelektrik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencederakan tiga anak lelaki tirinya dengan sebatang paip polyvinyl chloride (PVC).
Ringkasan AI
M. Satiskumar, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di dua Mahkamah Sesyen iaitu di hadapan Hakim Datin Surita Budin dan Hakim N. Kanageswari.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja mencederakan tiga anak tirinya berusia 15, 16 dan 19 tahun dengan sebatang paip PVC di sebuah rumah di Taman Bukit Mutiara di sini pada 5.30 pagi 15 Ogos lepas.
R. Tharani, 39, ibu kandung kanak-kanak itu turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mencederakan anaknya berusia 16 tahun menggunakan pisau di tempat dan lokasi yang sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda daripada tempoh itu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni dan Siti Khairiah Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan jaminan berjumlah RM33,000 bagi tiga pertuduhan terhadap Satiskumar manakala Tharani dikenakan jaminan RM15,000 masing-masing dengan seorang penjamin.
Pasangan suami isteri itu juga diperintahkan menyerahkan pasport dan melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan serta dilarang mengganggu atau menghubungi saksi sehingga kes selesai.
Sebutan semula kesemua kes itu ditetapkan pada 24 Sept dan 29 Sept ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang juruelektrik, M. Satiskumar, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan tiga anak lelaki tirinya menggunakan paip PVC, manakala isterinya, R. Tharani, turut didakwa mencederakan anak mereka dengan pisau.
- Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, serta hukuman dua kali ganda jika sabit kesalahan.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM33,000 kepada Satiskumar dan RM15,000 kepada Tharani, serta mengarahkan mereka menyerahkan pasport, melapor diri di balai polis dan tidak mengganggu saksi; sebutan semula kes ditetapkan pada 24 dan 29 September.