MALAYSIA
Jurujual didakwa perdagang mangsa eksploitasi kerja termasuk remaja bawah umur
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memperdagangkan tiga individu termasuk dua remaja bawah umur bagi tujuan eksploitasi kerja. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan tiga individu termasuk dua remaja bawah umur bagi tujuan eksploitasi kerja.
Ringkasan AI
Vincent Sak Zhan Sheng, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Bagi pertuduhan pertama, dia bersama lima individu yang telah dituduh sebelum ini didakwa memperdagangkan Thay Pick Yong, 26, dengan cara memperdaya mangsa di sebuah premis di Taman Lagenda Putra, Kulai antara 23 Mac hingga 23 Mei tahun ini.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sak dan kelima-lima individu turut berdepan dua pertuduhan memperdagangkan seorang remaja lelaki serta perempuan masing-masing berumur 16 dan 15 tahun di premis itu bagi tujuan sama antara April hingga 23 Mei 2025.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Amirah Tasnim Saleh berkata kes itu merupakan kesalahan yang tidak boleh diikat jamin namun sekiranya jaminan dibenarkan, pihaknya mencadangkan RM25,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan.
Bagaimanapun, peguam Datin Freda Sabapathy memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya bekerja sebagai jurujual berpendapatan RM3,500 dan menanggung ibu tunggal.
Hidayatul Syuhada membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Beliau menetapkan 13 Jan depan bagi sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jurujual dituduh memperdagangkan tiga individu, termasuk dua remaja, untuk tujuan eksploitasi kerja di premis Taman Lagenda Putra, Kulai antara Mac hingga Mei tahun ini.
- Kesalahan itu melibatkan dua pertuduhan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda, serta akta yang membawa hukuman seumur hidup atau minimum lima tahun penjara.
- Tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan, termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan.