awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar telefon pintar kurangkan pengeluaran peranti akibat kekurangan komponen
Harga emas catat rekod tertinggi baharu
Selangor, MCMC meterai MoU bandar pintar dengan peruntukan RM450 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurukamera media dikasari di Mahkamah Rasuah

Haider Yutim
Haider Yutim
22/09/2014
10:20 MYT
Jurukamera media dikasari di Mahkamah Rasuah
Keadaan di pekarangan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah KL bertukar kecoh apabila petugas media dikasari individu yang mengiringi lima tertuduh.
Keadaan di pekarangan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur bertukar kecoh seketika berikutan kejadian petugas media dikasari oleh individu yang dipercayai kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Individu tersebut dipercayai sedang mengiringi lima yang tertuduh itu sambil memberi amaran kepada media supaya jangan merakam gambar mereka.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di koridor tingkat dua mahkamah tercetus apabila petugas media yang merupakan jurugambar sebuah stesen televisyen mahu mengambil gambar tertuduh.
Jurugambar RTM, Lutin Ahmad, 39, telah ditolak oleh individu tersebut sehingga terjatuh.
Lutin, yang bangun semula untuk melaksanakan tugasnya, kemudiannya dikejar individu itu dan diugut supaya berjumpa di luar.
Orang ramai serta anggota polis bagaimanapun berjaya membantu meredakan keadaan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#Lutin Ahmad
#Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
#RTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan