MALAYSIA
Jurulatih berbasikal kebangsaan didakwa lakukan amang seksual terhadap pelatih berusia 15 tahun
Nor Effandy mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja yang merupakan pelatih berbasikal perempuan, tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
AMPANG : Seorang jurulatih berbasikal kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja yang merupakan pelatih berbasikal perempuan, tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga bekas pelumba berbasikal negara, Nor Effandy Rosli, 58, didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi tujuan seksual terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun 9 bulan ketika kejadian.
Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 6 petang, sekitar Jun 2024 di sebuah stor simpanan basikal di medan selera Taman Desa, di sini.
Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 14(a) AKSTKK 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.
Manakala bagi Seksyen 16(1) akta itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan minimum 2 sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 serta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri ke balai sebulan sekali.
Bagaimanapun, peguam Hamdan Hamzah yang mewakili tertuduh memohon jaminan sebanyak RM5,000 diberikan atas alasan tertuduh mempunyai empat orang anak yang perlu ditanggung.
"Tertuduh sekarang bekerja sebagai pembantu penguatkuasa di sebuah agensi pihak berkuasa tempatan dengan memperolehi gaji sebanyak RM5,000 sebulan serta mempunyai empat orang anak yang perlu ditanggung. Isterinya juga tidak bekerja. Tertuduh juga tiada risiko melarikan diri dan berjanji akan hadir ke mahkamah pada tarikh-tarikh yang akan ditetapkan," katanya.
Bagaimanapun, Hakim Norshila Dato Haji Kamaruddin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 serta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah, tertuduh dilarang menganggu atau menghubungi mangsa sehingga boleh menjejaskan perjalanan kes serta melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali.
Mahkamah kemudian menetapkan 1 Ogos ini bagi sebutan semula kes untuk serahan dokumen.