awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih Khairul Hafiz Jantan kritikal

Shahrul Hassan
Shahrul Hassan
26/12/2017
10:35 MYT
Jurulatih Khairul Hafiz Jantan kritikal
Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim kini berada dalam keadaan kritikal namun stabil di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor. - Foto Stadium Astro
Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim kini berada dalam keadaan kritikal namun stabil di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Mohd Poad, 48 tahun dimasukkan ke wad pada 24 Disember lalu akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, Mohd Poad terpaksa berada dalam keadaan koma bagi memberikan rawatan kepada paru-parunya.
Jelasnya, doktor akan memberikan rawatan yang terbaik kepada jurulatih Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan.
“Dia sedar pagi tadi sehingga keluarga dan doktor membuat keputusan untuk meletakkan dia dalam keadaan koma untuk memudahkan mereka membuat rawatan paru-paru dan dada dia.
“Kita (MSN) mengharapkan semua rakyat Malaysia mendoakan agar ‘coach’ Poad dapat melalui rintangan getir ini dan kembali seperti biasa.
“Kita berharap beliau dapat membimbing pelari-pelari kita seperti biasa,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Poad di HSA di sini, hari ini.
Menurut Ahmad Shapawi, Mohd Poad bertanggungjawab melatih bakat dan acara pecut dalam program pelapis yang melibatkan junior dan senior di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Aminah
#Jurulatih pecut negara
#Khairul Hafiz Jantan
#Majlis Sukan Negara
#Mohd Poad Md Kassim
#raja pecut asia tenggara
#Sekolah Sukan Bukit Jalil
#Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan