MALAYSIA
Jururawat didakwa cederakan jiran sehingga pergelangan tangan retak
Seorang jururawat wanita didakwa mencederakan jirannya sehingga menyebabkan pergelangan tangan mangsa retak. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang jururawat wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan jirannya sehingga menyebabkan pergelangan tangan mangsa retak pada Mei lepas.
Chan Siew Peng, 51, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Lim Siew Woi, 55, dengan menolak pintu jeriji rumah mangsa berulang kali sehingga menyebabkan keretakan di pergelangan tangan kanan mangsa di sebuah unit kondominium di Taman Bukit Indah di sini pada 3.30 petang 15 Mei lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Difahamkan kejadian itu berlaku kerana mangsa dipercayai membuat bising sehingga menyebabkan tertuduh ke rumah mangsa.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Chan, yang tidak diwakili peguam, merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan dia ibu tunggal dan perlu menyara seorang anak lelaki berusia 15 tahun yang masih bersekolah.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan kes bagi lantikan peguam.
-- BERNAMA