MALAYSIA
Jururawat rugi lebih RM634,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 39 tahun itu mendakwa mengenali suspek yang menawarkan peluang pekerjaan di luar negara menerusi aplikasi WhatsApp. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang jururawat kerugian lebih RM634,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud, Mei lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 39 tahun itu mendakwa mengenali suspek yang menawarkan peluang pekerjaan di luar negara menerusi aplikasi WhatsApp.
Suspek kemudian memujuk mangsa melabur dalam skim menjanjikan pulangan 10 peratus daripada modal dilaburkan.
"Mangsa diminta membuat pelaburan melalui pautan laman web palsu diberikan suspek. Wanita itu melakukan pemindahan wang secara berperingkat ke 10 akaun bank dari 24 Mei hingga 29 Jun menggunakan wang simpanan dan pinjaman bank," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal mengakses pautan platform pelaburan itu dan tidak menerima sebarang pulangan.
Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang jururawat berusia 39 tahun kerugian lebih RM634,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan palsu yang dijanjikan pulangan 10 peratus.
- Mangsa mengenali suspek melalui WhatsApp dan membuat pemindahan wang secara berperingkat ke 10 akaun bank dari 24 Mei hingga 29 Jun menggunakan wang simpanan dan pinjaman bank.
- Mangsa menyedari ditipu selepas gagal mengakses laman pelaburan dan membuat laporan polis; kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.