awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruteknik dihanyutkan arus di Jeram Besu ditemukan lemas

Bernama
Bernama
04/01/2026
13:38 MYT
Juruteknik dihanyutkan arus di Jeram Besu ditemukan lemas
Mangsa ditemukan kira-kira 700 meter dari tempat kejadian selepas pasukan bomba melakukan pencarian di permukaan air di Lubuk Biara. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang juruteknik yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus ketika mandi di pusat rekreasi Jeram Besu, Raub pada Khamis lepas, ditemukan lemas hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata mayat Mohamat Firdarus Jamaidi, 25, dijumpai pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 3.40 petang.
"Mangsa ditemukan kira-kira 700 meter dari tempat kejadian selepas pasukan bomba melakukan pencarian di permukaan air di Lubuk Biara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Menurut Mohd Salahuddin pasukan SAR berdepan kesukaran dalam operasi itu berikutan keadaan air sungai yang pasang besar dan arus deras, selain jarak penglihatan terhad serta cuaca tidak menentu.
Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada khususnya ketika berada di kawasan sungai, pantai dan perairan terbuka memandangkan negara kini masih berada dalam fasa Monsun Timur Laut yang boleh menyebabkan paras air meningkat secara mendadak dan arus deras.
Pada 1 Jan lepas, media melaporkan Mohamat Firdarus ke pusat rekreasi itu bersama isterinya sebelum disedari dihanyutkan arus ketika mandi di sungai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa lemas
#juruteknik lemas
#rekreasi
#jeram besu
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan