NATIONAL

Juruteknik maut selepas van dipandu berlanggar dengan treler

Bernama 15/05/2025 | 05:05 MYT
Kemalangan dipercayai berlaku semasa van cuba memotong sebuah kenderaan lain dan berlanggar dengan treler dari arah bertentangan. - Gambar/ Facebook Ghazali Sulaiman
DUNGUN: Seorang juruteknik maut selepas van dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 88 Jalan Jerangau-Jabor, di Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang juruteknik, Muhammad Aliff Fakrullah, 21, maut selepas van yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 88 Jalan Jerangau-Jabor.
  • Kemalangan dipercayai berlaku semasa van cuba memotong sebuah kenderaan lain dan berlanggar dengan treler dari arah bertentangan. Van remuk dan pemandu tersepit di tempat duduknya.
  • Mayat mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata Muhammad Aliff Fakrullah, 21, dari Kampung Paman, Kemaman meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kemalangan pada 8.08 malam itu.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku semasa van yang dipandu Muhammad Alif dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kemaman cuba memotong sebuah kenderaan lain, apabila ia berlanggar dengan sebuah treler dari arah bertentangan.
"Pelanggaran menyebabkan van remuk dan pemandu tersepit di tempat duduknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Maizura berkata mayat dikeluarkan pasukan bomba dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-- BERNAMA
#kemalangan maut #treler #Dungun #kereta bertembung