NATIONAL
Juruteknik wanita maut nahas empat kenderaan

Seorang juruteknik wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Persiaran Negeri pada Rabu. -Foto orang awam
NILAI: Seorang juruteknik wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dalam kejadian di Jalan Persiaran Negeri, di sini, pada Rabu.
Ringkasan AI
- Seorang juruteknik wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Persiaran Negeri pada Rabu.
- Kejadian berlaku apabila lori Volvo hilang kawalan dan melanggar belakang kereta Proton Saga yang dipandu mangsa, menyebabkan kereta tersebut melanggar Proton Waja dan lori Nissan di hadapannya.
- Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, sementara pemandu Proton Waja cedera ringan dan pemandu lori tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Lori terbabit melanggar belakang kereta Proton Saga yang dipandu mangsa berumur 23 tahun.
"Keadaan itu menyebabkan kereta dipandu mangsa melanggar belakang Proton Waja yang dipandu lelaki berusia 59 tahun sebelum melanggar lori Nissan yang berada di hadapannya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ujarnya, akibat kemalangan, pemandu kereta Proton Saga cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu kereta Proton Waja pula cedera ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mendapatkan rawatan.
"Sementara itu, pemandu lori tidak mengalami kecederaan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya.
Abdul Malik berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor B Sharveen Raj di talian 011-26176424. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami