awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
Pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat timang cahaya mata lelaki
Venezuela lulus pembaharuan undang‑undang hidrokarbon ke arah pasaran terbuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera kilang mabuk rempuh SJR ditahan polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
03/09/2021
12:55 MYT
Jurutera kilang mabuk rempuh SJR ditahan polis
Seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk telah merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Simpang Ampat. - Foto ihsan PDRM
NIBONG TEBAL: Seorang lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Estima dalam keadaan mabuk telah merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Simpang Ampat dekat Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Dalam kejadian jam 8 malam Khamis itu, jurutera di sebuah kilang berusia 41 tahun itu nyaris melanggar enam anggota polis dan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, (SPS) Supritendan Lee Chong Chern berkata, kesemua anggota bertugas sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kenderaan lelaki tersebut kemudian melanggar dan mengheret peralatan seperti kon keselamatan, papan tanda pemeriksaan, payung dan lampu sejauh 200 meter.
Ekoran kejadian itu, suspek ditahan dan siasatan mendapati lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bertemu pelanggan.
"Suspek memandu dari arah Bukit Mertajam mahu pulang ke rumahnya di Simpang Ampat. Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek hilang kawalan dan merempuh SJR di situ.
"Suspek cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas anggota polis yang mengejarnya dan pemeriksaan awal mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Chong Chern berkata, meskipun tiada anggota bertugas dilanggar dalam insiden tersebut namun lelaki itu tetap ditahan untuk siasatan lanjut.
Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis dan Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Topic Berkaitan
#rempuh SJR
#Sekatan Jalan Raya
#jurutera kilang
#Polis Daerah Seberang Perai Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan