PORT DICKSON: Seorang jurutera komputer maut dan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) parah selepas terlibat nahas dengan dua kenderaan lain di Jalan Ambang Kota, Lukut di sini petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, Walid Sharudin, 47, menunggang motosikal jenis NMS400K maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.
"Pembonceng motosikal iaitu seorang wanita yang merupakan pelajar UPM berusia 30 tahun cedera parah.
"Kejadian jam 4.15 petang itu berlaku membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal, Perodua Myvi dan Perodua Alza," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelas beliau, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 32 tahun sedang bergerak dari Site C, Tanah Merah menghala ke Lukut.
"Apabila sampai di tempat kejadian semasa kereta Perodua Myvi sedang berhenti di petak kanan untuk masuk ke simpang kanan tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Alza.
Selepas pelanggaran tersebut, kereta Perodua Alza itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan secara melintang lalu dilanggar sebuah motosikal dinaiki mangsa yang sedang bergerak terus dari arah Lukut.
"Akibat kemalangan, mangsa penunggang motosikal yang merupakan jurutera komputer maut di lokasi kejadian manakala pembonceng motosikal yang cedera dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 30 2022
Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan. - Foto PDRM
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jurutera komputer maut kemalangan, pelajar UPM parah
Mangsa penunggang motosikal yang merupakan jurutera komputer maut di lokasi kejadian manakala pembonceng motosikal cedera.