[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

Jurutera maut kemalangan dalam perjalanan ke masjid

Bernama 29/09/2025 | 06:50 MYT
Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang jurutera lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor babi yang melintas di hadapan Masjid Berangan, di sini pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Seorang jurutera, Azhar Yusof, maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor babi yang melintas di hadapan Masjid Berangan ketika dalam perjalanan menunaikan solat subuh.
  • Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.
  • Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menerima laporan daripada orang awam sekitar jam 6.30 pagi.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira 6.30 pagi tadi mengenai kemalangan tersebut.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, Azhar Yusof, 48, tahun dalam perjalanan dari kediamannya di Kampung Bukit Berangan ke Masjid Kampung Bukit Berangan untuk menunaikan solat subuh.

"Siasatan awal mendapati motosikal mangsa yang sedang telah melanggar binatang dipercayai khinzir yang melintas dari arah kiri motosikal ke tengah jalan. Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA




#kematian yang dicemburui #maut depan masjid #kemalangan maut #Azhar Yusof