Seorang jurutera elektronik kerugian RM70,000 selepas ditipu sindiket Macau scam yang menghubungi lelaki itu dan mendakwa mangsa tidak membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) serta beberapa kes jenayah lain, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata mangsa berusia 31 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita menggunakan nombor 03-6203 5601 mendakwa dia dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memaklumkan lelaki berkenaan mempunyai kesalahan kerana tidak membayar GST.
"Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa berada di Bayan Lepas, dekat sini ketika menerima panggilan telefon berkenaan dan seterusnya lelaki tersebut telah disambung talian +999052451222 kononnya dari Balai Polis Ipoh, Perak, untuk membuat semakan rekod.
"Pihak balai polis itu memaklumkan mangsa terlibat dengan satu skim cepat kaya dan beberapa kesalahan membabitkan sebuah syarikat beralamat di Ipoh, Perak, yang didaftarkan atas nama jurutera berkenaan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa pada mulanya tidak mempedulikan panggilan berkenaan namun pada pukul 5.30 petang, lelaki itu telah menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp dari talian 017-397 1149 dan individu yang mengaku sebagai Sarjan Lim menghantar 'surat pembekuan aset' atas nama jurutera tersebut, mengakibatkan dia menjadi panik.
Anbalagan berkata 'Sarjan Lim' kemudian memberitahu lelaki itu semakan semua butiran pengadu mendapati mangsa turut terlibat dengan kes lain iaitu dadah serta pengubahan wang haram.
Katanya suspek telah meminta meminta nombor akaun mangsa serta kata laluan untuk memindahkan wang bagi mengelak daripada dibeku oleh Bank Negara dan lelaki yang mengaku polis itu memindahkan sebanyak RM30,000 milik jurutera tersebut ke satu akaun.
"Selepas memindahkan wang itu, suspek menghantar satu lagi mesej menerusi WhatsApp mangsa yang kononnya surat daripada Jabatan Audit Negara dan memaklumkan supaya jurutera berkenaan membuat pemindahan duit menerusi ATM kerana terdapat masalah audit.
"Lelaki itu yang percaya terus ke ATM sebuah bank dan membuat pemindahan RM30,000 ke sebuah akaun milik seorang wanita sebelum memindahkan RM10,000 lagi ke akaun seorang lelaki bagi tujuan audit,"katanya.
Beliau berkata lelaki itu hanya menyedari dia ditipu selepas gagal menghubungi 'Sarjan Lim' dan kemudiannya membuat laporan polis.
"Polis sentiasa mengingatkan orang ramai agar tidak memberikan sebarang maklumat bank kepada mana-mana pihak yang selalunya menggunakan nama agensi-agensi penguatkuasa untuk menipu namun masih ada yang ditipu. Saya menasihatkan masyarakat agar lebih berhati-hati," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 06 2018
Sindiket penipuan menerusi panggilan telefon ini makin menjadi-jadi. Apa kata kita bertindak lebih bijak mulai sekarang. - Astro AWANI
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.