awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutol plaza tol Ayer Panas positif COVID-19 - DUKE

Bernama
Bernama
02/12/2020
14:26 MYT
Jurutol plaza tol Ayer Panas positif COVID-19 - DUKE
Jurutol tersebut sedang menerima rawatan di hospital dan pihak Lebuhraya DUKE juga sudah menjalankan proses pengesanan kontak rapat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Lorong pelbagai kelas di Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE) ditutup secara berperingkat susulan seorang jurutol telah disahkan positif jangkitan COVID-19 semalam.
Pemegang konsesi Lebuhraya DUKE, Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jurutol tersebut sedang menerima rawatan di hospital dan pihak Lebuhraya DUKE juga sudah menjalankan proses pengesanan kontak rapat.
"Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dari arah pusat bandar Kuala Lumpur, Sentul dan Gombak yang ingin menuju ke arah Ampang, Setiawangsa dan Wangsa Maju dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch N Go dan e-dompet sentiasa mencukupi.
"Ini kerana lorong pelbagai kelas dan bangunan plaza tol akan ditutup sementara bagi kerja sanitasi dan pembersihan yang akan dilakukan pada 12 tengah malam, hari ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUKE
#lebuhraya
#COVID-19
#Ampang
#tol
#pesakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan