MALAYSIA
Juruukur didakwa bunuh ibu, adik angkat
Tertuduh, Daniel Qayyum Kamalrolzlan (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh ibu dan adik angkatnya dalam kejadian kebakaran di rumah mereka pada 10 Disember lalu. - Gambar Astro AWANI
BUTTERWORTH: Seorang juruukur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh ibu dan adik angkatnya dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Taman Nakhoda, Teluk Air Tawar, di sini, pada 10 Disember lepas.
Tertuduh, Daniel Qayyum Kamalrolzlan, 23, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Balqis Roslin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh ibu kandungnya, Hayani Yaakob, 51, dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di sebuah rumah di No 4, Lorong Nakhoda 5, Teluk Air Tawar pada jam 9.45 pagi 10 Disember lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dikenakan hukuman gantung sekiranya disabitkan kesalahan.
Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas, Inspektor Nor Idayu Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Semasa prosiding, Nor Idayu tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh memandangkan ia adalah jenayah bunuh.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Januari tahun depan sebagai tarikh serahan laporan bedah siasat.
Terdahulu, tertuduh yang memakai baju berwarna biru tua kelihatan tenang sebaik tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi diiringi anggota polis.
Pada 10 Disember lepas media melaporkan seorang wanita berusia lingkungan 50-an dan anak angkat perempuannya berusia lima tahun ditemukan rentung di rumah sewa mereka.
Anak lelaki mangsa yang berusia lingkungan 20-an terselamat dan dilaporkan cedera akibat bumbung dapur runtuh.
Polis sebelum ini mengklasifikasikan kematian dua mangsa terbabit sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan forensik kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang.
Bagaimanapun, polis kemudiannya mengenal pasti lelaki berkenaan sebagai suspek kes itu dan direman selama seminggu.