awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruwang warga China maut ditikam

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/11/2024
03:20 MYT
Juruwang warga China maut ditikam
Tujuh individu yang merupakan rakan kerja mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan polis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang juruwang warga China maut selepas dipercayai ditikam beberapa kali di sebuah pusat beli belah di Cheras, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, dalam kejadian antara pukul 3 dan 4 petang itu, mangsa yang berusia 49 tahun itu dipercayai ditikam kira-kira tiga hingga empat kali.
“Mangsa yang bekerja sebagai juruwang di sebuah restoran di dalam pusat beli belah itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Aidil berkata, sehubungan itu, polis menahan tujuh individu yang merupakan rakan kerja mangsa bagi membantu siasatan.
“Kita sedang menyiasat motif pembunuhan dan kita masih belum menemui sebarang senjata yang digunakan dalam kejadian ini,” ujarnya.
Kes itu kata beliau disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#juruwang
#tikam
#pusat beli belah
#Aidil Bolhassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan