awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#JusticeForBella: Mengharap sinar pembelaan Bella, dan memburu sang durjana!

Hilmi Malik
Hilmi Malik
13/07/2021
09:50 MYT
#JusticeForBella: Mengharap sinar pembelaan Bella, dan memburu sang durjana!
Keadaan Bella yang ditemui dengan kesan melecur sewaktu berada di sebuah kondominium di Wangsa Maju, membuka mata ramai. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Ketika seluruh negara sedang berdebar lantaran bimbang tentang perkembangan situasi COVID-19, kisah dan nasib seorang remaja bernama Bella terlalu kuat menyorot perhatian umum.
Cerita mengenai remaja kurang upaya (OKU) itu kini bukan lagi satu perkara asing dalam kalangan rakyat negara ini sejak wajah sedih dan keadaan perit tubuh badan anak syurga berusia 13 tahun itu tersebar di media sosial.
Bella yang menghidap Sindrom Down itu bagai dihantui mimpi ngeri apabila dilaporkan menjadi mangsa kejam penderaan di sebuah rumah pengasuh pada Jun lalu.
Kesan kecederaannya sudah cukup menggambarkan pedih dan derita anak istimewa ini, sekali gus mencetuskan persoalan - siapakah si pelakunya, dan layakkah si pelaku itu digelar manusia?
Apa dosa anak syurga ini terhadap si pelaku yang sehingga kini masih dikatakan bebas tanpa sebarang berita berhubung penahanannya.
Penderitaan Bella jelas mencetuskan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat apatah lagi kesengsaraan yang dialaminya turut dikongsi seorang aktivis masyarakat, Mona Din.
“Saya dapat cerita kadang-kadang setiap malam dengar suara orang menangis di unit kondo tersebut, tetapi tidak tahu di mana lokasinya... mampukah saya untuk tidur lena?
“Makluman pihak doktor sudah jelas bahawa kesan kecederaan yang dialami Bella menunjukkan tanda-tanda dia didera,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Mona Din yang lantang menyuarakan isu berkenaan turut mempersoal tindakan pihak polis yang sehingga kini belum hadir dengan suatu pembelaan jelas terhadap kes Bella.
“Saya dah tanya pada pihak polis kenapa masih tiada tangkapan, tiada reman. Tetapi respons yang saya terima... 'bukan semua kes perlu dibuat reman'.
“Saya dah ajukan kepada pegawai berpangkat DSP di Bukit Aman tetapi sehingga ke hari ini masih lagi tiada tangkapan,” katanya lagi.
Keperitan Bella dalam masa sama turut menjentik hati Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia yang turut mempersoal mengapa ia seperti tidak menjadi perhatian pihak berkuasa.
“Sekiranya kes ini berlaku di IPD anda, ambillah tindakan, tak perlu tunggu arahan untuk ambil tindakan terhadap pelaku kerana ini seolah-olah cubaan untuk membunuh.
“Sama ada kes ini boleh dituduh atau sebaliknya itu tanggungjawab Jabatan Peguam Negara... biar pihak mereka yang uruskan tetapi kita lihat hari ini pelaku masih bebas,” katanya.
Sementara itu, Astro AWANI turut mendapatkan reaksi pihak Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mendedahkan punca tangkapan tidak dibuat berikutan keadaan lokap yang penuh.
“Macam mana sekalipun, perlu ada alternatif untuk cari jalan penyelesaian supaya anak istimewa ini memperoleh keadilan sewajarnya.
“Saya gesa pihak kerajaan termasuk pihak Kementerian Dalam Negeri untuk ambil tindakan segera kerana saya sendiri keliru perbuatan ini dibuat oleh manusia atau binatang,” dakwanya.
Sebelum ini Astro AWANI memaparkan kes remaja Sindrom Down itu dipercayai akibat didera pada Jun lalu sewaktu ditemui si sebuah kondominium di Wangsa Maju.
Apakah tindakan seterusnya?
AWANI 7:45 bakal tampil dengan pendedahan eksklusif yang mengupas kes penderaan Bella pada malam ini.
Apakah nasib anak syurga ini? Tindakan pihak berkuasa bakal menjadi penentu.
Laporan Khas | Apa nasib Adik Bella? Pendedahan di AWANI 7:45
Topic Berkaitan
#justice for bella
#OKU
#Sindrom Down
#PPIM
#Mona Din
#Rina Harun
#jkm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan