[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

Jutaan pengikut hilang, ini jawapan Instagram

Astro Awani 13/02/2019 | 23:58 MYT
Setakat ini, belum ada makluman berkaitan punca yang menyebabkan beberapa pengguna Instagram kehilangan pengikut. Gambar hiasan
Mungkin ada antara anda yang sedar bahawa berlakunya penurunan pengikut atau followers di Instagram baru-baru ini.
Ya, kejadian ini bukan saja membabitkan anda, tetapi juga ratusan akaun lain yang turut mengalami nasib sama.
Antara selebriti yang turut terkesan ialah Ariana Grande, Justin Bieber dan Selena Gomez yang dilihat kehilangan jutaan followers secara tiba-tiba.
Menurut Instagram, isu ini dalam pemerhatian pihaknya.
"Kami sedar ketika ini ada isu berhubung perubahan jumlah pengikut di akaun beberapa individu.
"Kami sedang berusaha menyelesaikannya secepat mungkin," jelas Instagram melalui akaun Twitter rasminya pada Rabu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Puncanya sedang dikenalpasti dan tindakan bagi memulihkan keadaan sedang diambil.
Bagaimanapun, sebentar tadi, Instagram mengeluarkan satu lagi kenyataan di Twitter menyatakan isu itu akan diselesaikan jam 9 pagi Khamis (Waktu Pasifik).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Umum mengetahui, pihak Instagram sebelum ini telah memulakan pemadaman jutaan akaun yang mereka percaya akaun palsu atau tidak aktif.
BACA: Kecoh bila Instagram buang akaun palsu
Akan tetapi, belum ada maklumbalas rasmi berhubung kaitannya dengan isu ini.
Beberapa nama terkenal di media sosial turut berkongsi rasa terkejut mereka di Twitter sejak Selasa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#akaun palsu #follower #hilang #Instagram #pengikut #selebriti #Twitter