MALAYSIA

Ka Siong dirawat di hospital akibat jangkitan paru-paru

Astro Awani 21/01/2026 | 06:18 MYT
Ka Siong kini sedang menjalani rawatan di hospital selepas mengalami jangkitan paru-paru sejak 19 Januari lalu. -Foto fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menerima rawatan di hospital selepas mengalami jangkitan paru-paru sejak 19 Jan lalu.


Ringkasan AI
  • Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, sedang menerima rawatan di hospital akibat jangkitan paru-paru sejak 19 Januari. Beliau dijangka menjalani rawatan intensif selama seminggu.
  • Wee mengakui ketiadaannya di Dewan Rakyat kerana rawatan, memohon maaf dan memberi keterangan kepada YB Tan Sri Speaker.
  • Meskipun demikian, Wee mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhannya semasa menjalani rawatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata beliau dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan rapi dan rawatan intensif yang dijangka mengambil masa kira-kira seminggu.

“Saya kini sedang menjalani rawatan di hospital akibat jangkitan paru-paru. Saya dimasukkan ke hospital pada 19 Januari 2026 dan kini menerima pemeriksaan rapi serta rawatan yang dianggarkan mengambil masa selama seminggu.

“Dalam tempoh ini, saya tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat. Saya juga telah memaklumkan perkara ini kepada YB Tan Sri Speaker.

“Pada masa sama, saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan ke program-program yang telah diatur lebih awal,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.




Wee turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhannya sepanjang tempoh rawatan.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapakah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, menerima rawatan di hospital?
    A: Beliau menerima rawatan di hospital kerana mengalami jangkitan paru-paru sejak 19 Januari lalu.
  • Q: Berapa lamakah jangkaan masa yang diperlukan untuk rawatan Presiden MCA?
    A: Rawatan yang dijalani dijangka mengambil masa kira-kira seminggu.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung dengan ketidakhadirannya di persidangan Dewan Rakyat?
    A: Beliau tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat disebabkan kemasukkan ke hospital untuk rawatan intensif.
  • Q: Siapakah yang telah diberitahu oleh Wee Ka Siong berhubung dengan ketidakhadirannya?
    A: Beliau telah memaklumkan perkara ini kepada YB Tan Sri Speaker.
  • Q: Adakah Wee Ka Siong menghantar ucapan terima kasih kepada sesiapa semasa menjalani rawatan?
    A: Ya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhannya sepanjang tempoh rawatan.



#Wee Ka Siong #jangkitan paru-paru #Presiden MCA #rawatan di hospital