Kabel elektrik pencawang TNB terbakar

Bernama
Julai 5, 2023 16:34 MYT
Sebuah kabel elektrik di pencawang TNB di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena air. - Twitter Bernama
KUALA LUMPUR: Sebuah kabel elektrik di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, di sini, meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena air ketika usaha pembaikan di kawasan pencawang tersebut sedang dijalankan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Hamdan Ali berkata bomba menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 8.52 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
Beliau berkata setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran melibatkan kabel elektrik TNB yang terkena air menyebabkan percikan api susulan kerja-kerja pembaikan oleh pihak TNB.
"Kabel elektrik TNB berkenaan sedang dibaiki oleh pihak TNB serta tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubung malam ini.
-- BERNAMA
#pencawang TNB #Jalan Sabit Kampung Dato Keramat #Tenaga Nasional Berhad #kabel elektrik terbakar