[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Kabel perkhidmatan dipotong, perkhidmatan KLIA Ekspres terganggu

Astro Awani 09/04/2025 | 05:17 MYT
Perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengalami gangguan apabila kabel perkhidmatan kereta api dipotong pihak tidak bertanggungjawab. - Foto KLIA Express
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengalami gangguan apabila kabel perkhidmatan kereta api dipotong pihak tidak bertanggungjawab.

Ringkasan AI
  • Gangguan perkhidmatan ERL berlaku akibat pemotongan kabel oleh pihak tidak bertanggungjawab, menyebabkan kelewatan tren dan penggantungan perkhidmatan.
  • Perkhidmatan pengantara antara Putrajaya, Cyberjaya, dan KL Sentral disediakan dengan kekerapan setiap 20 minit untuk mengatasi gangguan.
  • Penumpang dinasihatkan untuk mencari pengangkutan alternatif dan mengikuti perkembangan terkini di media sosial ERL.

ERL dalam satu kenyataan memaklumkan berikutan insiden itu, perkhidmatan pengantara antara stesen Putrajaya dan Cyberjaya dan KL Sentral disediakan bermula jam 6 pagi dengan kekerapan selama 20 minit.
Dalam kenyataan sama, ERL memaklumkan pemotongan kabel berlaku di KM43.1 petang semalam antara Putrajaya dan Cyberjaya dan Stesen Salak Tinggi, mengakibatkan semua tren mengalami kelewatan antara 7 hingga 10 minit dalam masa ketibaan.
"Pemotongan kabel kedua berlaku di KM43.1 pada jam 5:52 petang antara Putrajaya dan Cyberjaya dan Stesen Salak Tinggi, mengakibatkan semua tren mengalami kelewatan antara 7 hingga 10 minit dalam masa ketibaan.
"Satu lagi insiden yang melibatkan gangguan kepada sistem isyarat di Stesen Bandar Tasik Selatan menyebabkan semua perkhidmatan tren digantung pada jam 9:57 malam. Perkhidmatan shuttle tren antara Putrajaya dan Cyberjaya ke Stesen KLIA T2 bermula pada jam 10:20 malam dengan kekerapan setiap 20 minit," katanya.
Dalam pada itu, penumpang yang menuju ke KL Sentral dari Putrajaya dan Cyberjaya dinasihatkan untuk mencari pengangkutan alternatif.
Tambah kenyataan, vandalisme kabel dipotong berlaku lagi pada pagi ini yang mana ia akan memberi kesan kepada kedua-dua perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit.
Sehubungan itu, pihak ERL sedang berusaha tanpa henti untuk memulihkan perkhidmatan sepenuhnya serta memohon maaf atas sebarang kesulitan atau sebarang kelewatan.
Sementara itu, penumpang juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mengikuti perkembangan terkini mengenai perkhidmatan tren di seluruh platform media sosial ERL.
#kabel dipotong #Express Rail Link #ERL #KLIA #perkhidmatan terjejas #terkini