awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet bincang kes lelaki yang dihukum mati miliki minyak kanabis

Bernama
Bernama
19/09/2018
23:28 MYT
Kabinet bincang kes lelaki yang dihukum mati miliki minyak kanabis
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata tiada keputusan yang dibuat berhubung perkara itu. - Gambar fail
Kabinet dalam mesyuaratnya pada Rabu membincangkan kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati kerana memiliki minyak kanabis untuk tujuan perubatan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Bagaimanapun, tiada keputusan yang dibuat berhubung perkara itu, katanya.
"Tunggulah pengumuman selanjutnya (jika ada)," kata beliau ketika ditanya tentang perkara itu selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Kementerian Kesihatan pada Rabu.
Muhammad Lukman Mohamad, 29, bapa anak seorang, ditahan pada Disember 2015 kerana memiliki 3.1 liter minyak kanabis, 279 gram kanabis dimampatkan dan1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).
Dia diberkas polis bersama-sama isterinya, yang sedang hamil lima bulan dan kemudian dibebaskan, dalam serbuan di rumah mereka. Dia dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Ogos lepas.
Pada 9 Sept, peguamnya dilaporkan berkata Muhammad Lukman sekadar mahu membantu pesakit yang penyakitnya hanya boleh dirawat menggunakan THC, sejenis bahan aktif dalam kanabis, dan dia tiada niat sama sekali untuk mengedar atau 'menjual' kanabis itu.
Mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang didapati memiliki 200 gram atau lebih kanabis, akan didakwa atas kesalahan mengedar dadah, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Pada Selasa, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan bahawa kerajaan patut mengkaji semula kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati kerana memiliki minyak kanabis untuk tujuan perubatan.
Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata beliau akan membuat rayuan kepada Peguam Negara untuk mendapatkan keampunan bagi Muhammad Lukman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Dzulkefly Ahmad
#kabinet
#kanabis
#Kementerian Kesihatan
#Mahathir Mohamad
#Menteri Kesihatan
#Muhammad Lukman Mohamad
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan