Kabinet lulus pembesaran LTAPP, kos lebih RM1 bilion - Anthony Loke

Bernama
Februari 27, 2024 07:25 MYT
Anthony berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan bertanggungjawab bagi proses tender dan pembiayaan projek berkenaan. - Gambar fail
LANGKAWI: Usaha pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang menelan kos melebihi RM1 bilion, telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan bertanggungjawab bagi proses tender dan pembiayaan projek berkenaan.
"Angka (kos) sebenar akan hanya dapat ditentukan selepas proses tender," katanya kepada media selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, hari ini.
-- BERNAMA
#Anthony Loke #LTAPP #Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang #projek pembesaran