awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
TNB nasihat orang ramai waspada sindiket penipuan panggilan telefon
Iran utamakan diplomasi dalam penyelesaian isu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet setuju cadangan kertas dasar Pengurusan Harta Disita, Dilucut Hak

Bernama
Bernama
19/08/2022
10:19 MYT
Kabinet setuju cadangan kertas dasar Pengurusan Harta Disita, Dilucut Hak
Wan Junaidi berkata, satu jawatankuasa penggubalan RUU pindaan telah dibentuk bagi memperincikan peruntukan yang akan memberi kuasa kepada NFCC. - Foto: JPM
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju dengan cadangan kertas dasar Pengurusan Harta yang Disita dan Dilucut Hak yang dibentangkan kelmarin bagi membolehkan proses penggubalan rang undang-undang (RUU) pindaan dimulakan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan itu selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR), pada 19 Mei lalu, supaya NFCC menjadi sebuah agensi berpusat bagi pengurusan harta disita dan dilucut hak.
Wan Junaidi, dalam satu kenyataan hari ini, berkata RUU pindaan itu akan melibatkan pindaan kepada Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 (Akta 822) dan pindaan berbangkit kepada 26 Akta yang dikawal selia oleh lapan kementerian dan jabatan.
Menurutnya, satu jawatankuasa penggubalan RUU pindaan telah dibentuk bagi memperincikan peruntukan-peruntukan yang akan memberi kuasa kepada NFCC untuk menguruskan harta yang disita dan dilucut hak bagi pihak kerajaan.
Wan Junaidi berkata kajian dan penandaarasan mengenai pengurusan harta akan dilakukan dengan meneliti pelaksanaannya di beberapa buah negara yang mempunyai sistem pengurusan harta berpusat seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda.
"Adalah didapati negara-negara yang mempunyai sistem pengurusan harta berpusat dapat menguruskan harta dengan lebih efektif dan efisien, memberi nilai tambah serta mendatangkan keberhasilan kepada negara.
"Amat penting juga, pelaksanaannya kelak akan memberi manfaat kepada semua pihak dalam sistem keadilan jenayah," katanya.
Wan Junaidi berkata Malaysia memerlukan sebuah pusat sehenti bagi pengurusan harta yang disita dan dilucut hak.
"Ini merupakan suatu langkah strategik dan holistik dengan mewujudkan suatu sistem data mengenai harta yang disita dan dilucut hak yang komprehensif, khususnya bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan penguatkuasaan undang-undang untuk menangani jenayah kewangan dan mengekang ketirisan," katanya.
Wan Junaidi berkata melalui dasar sedemikian, agensi penguat kuasa dapat lebih memfokuskan kepada tindakan pelaksanaan siasatan dan penguatkuasaan, manakala urusan mengenai harta yang disita dan dilucut hak diuruskan oleh sebuah agensi berpusat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kertas dasar
#pengurusan harta
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#NFCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan