awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet sokong keputusan bentang RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan - Maximus

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2021
11:10 MYT
Kabinet sokong keputusan bentang RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan - Maximus
Persetujuan itu dicapai selepas taklimat oleh Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun kepada menteri-menteri kabinet.
KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) untuk membentangkan Rang Undang-Undang bagi meminda Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili berkata persetujuan itu dicapai selepas taklimat oleh Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun kepada menteri-menteri kabinet.
"Semasa taklimat itu, Peguam Negara menjawab segala pertanyaan undang-undang mengenai pindaan yang dicadangkan, terutamanya berkenaan Perkara 160(2)," kata Ongkili, yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.
Tambah beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan membentangkan bacaan pertama RUU Perlembagaan Persekutuan dalam masa terdekat, manakala bacaan kedua untuk perbahasan dan pengundian akan dilakukan selepas perbahasan Belanjawan pada sidang Parlimen yang berlangsung ketika ini selesai.
"Resolusi penting dan bersejarah adalah cadangan pindaan perlembagaan pada Perkara 1(2) dan 160(2) berkaitan status sama rata Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung, untuk mentakrifkan semula makna 'persekutuan', dan memasukkan istilah Hari Malaysia dalam RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan MA63," katanya.
Topic Berkaitan
#pindaan perlembagaan persekutuan
#Kabinet setuju pindaan RUU
#Hak sama rata Sabah dan Sarawak
#istilah persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan