awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kad fleet di bawah SKDS ada had pengisian liter diesel - Timbalan Menteri

Bernama
Bernama
11/06/2024
05:10 MYT
Kad fleet di bawah SKDS ada had pengisian liter diesel - Timbalan Menteri
Hui Ying berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan mempunyai had pengisian dari segi liter dan bukannya jumlah nilai.

Ringkasan AI
  • Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk kenderaan pengangkutan awam dan barangan mempunyai had pengisian berdasarkan liter, bukan nilai jumlah.
  • Harga runcit bahan api diesel ditetapkan pada RM3.35 seliter di Semenanjung dan RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak, dan Labuan. Subsidi diesel juga disasarkan kepada sektor tertentu dengan harga yang berbeza, seperti SKDS 2.0 dan SKDS 1.0.
  • Terdapat rungutan daripada pemilik kenderaan diesel persendirian berkenaan bantuan subsidi tunai RM200 sebulan. Kementerian menyatakan bahawa jumlah tersebut akan dikaji semula berdasarkan maklum balas dan keperluan yang diperlukan.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
"Terdapat had dari segi liter dan bukan jumlah, tetapi kita tunggu Menteri Kewangan II untuk buat pengumuman. Kami masih belum menetapkan had itu," katanya kepada media selepas merasmikan Forum Dasar Cukai Malaysia yang keempat anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) di sini hari ini.
Pada Ahad lepas, kerajaan mengumumkan harga runcit bahan api diesel ditetapkan RM3.35 seliter bermula semalam (10 Jun) di Semenanjung manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.
Melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kerajaan menetapkan harga diesel kepada sektor yang layak antaranya SKDS 2.0 bagi kenderaan logistik yang ditetapkan pada RM2.15 seliter, SKDS 1.0 bagi kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans danbomba kekal pada RM1.88 seliter dan diesel bersubsidi bagi nelayan kekal pada RM1.65 seliter.
Ditanya rungutan pemilik kenderaan diesel persendirian bahawa bantuan subsidi tunai RM200 sebulan di bawah inisiatif BUDI MADANI tidak mencukupi, Lim berkata jumlah itu ditetapkan berdasarkan kajian dan libat urus yang telah dilakukan.
Beliau berkata RM200 akan dikekalkan sementara ini, namun jumlah itu akan dikaji semula sama ada terdapat keperluan untuk dinaikkan jumlahnya selepas mendapat maklum balas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rasionalisasi subsidi
#subsidi diesel
#SKDS
#had dibenarkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan